Tuesday, May 10, 2011

HukuM meNyamBuT "HaRi VaLenTinE"...

Assalamualaikum...hye kawan2...kita jmpa lg...kali ney aku nk cita psai hkum sambut hari valentine...tdi aku survey psai mcm3 hkum...artikel ney yg aku dpat :-



Tanggal 14 februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ada yang saling bertukar ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minum arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.

Tidak dinafikan ada umat islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut. "HARI KEKASIH" yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat islam kerana kebiasaannya senario menyambut Hari Kekasih berlaku dikalangan remaja islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan akidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedarkan dan menginsafkan mereka.

Valentine's asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi yang paling berpengaruh dizaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang yang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu, Ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari mengingati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang islam di Sepanyol.



"Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut."


Sekian, itu sahaja dari aku untuk ampa suma...hayatilah artikel di atas...ok...jmpa lg...Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

mAi LAr UshA2 BloG aKu...BesT OooO...