Tuesday, May 10, 2011

HukuM menYambUT HaRi jAdi Dan meNiup Lilin...

Assalamualaikum...hye kawan2...kaifahaluka??...hope ampa suma sihat selalu..Kali ney aku nk cita ckit psai kes kat atas...ikuti artikel di bawah :-


Berdasarkan beberapa orang ulama kitab-kitab terbaru (ulama-ulama yang lama tidak menyebut tentang perkara hari jadi ini) diantaranya seorang ulama besar di Universiti al-Azhar melalui kitabnya "yas a luu naka fiddin", hukumya ialah bida'ah yang harus.


Bida'ah kerana tiada contoh yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W...Harus pula kerana tiada ayat, nas atau hadis yang melarang menyambut hari jadi maka harus asalkan dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam.

Hukum meniup lilin adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka dia tergolong dalam golongan tersebut. Sesetengah ulama mengatakan boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W...Sesiapa yang berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sekali maka ALLAH akan mengampunkan sebanyak 10 kali dosa-dosanya.


Bersyukurlah kerana ALLAH masih memberikan kita peluang untuk hidup bukannya bergembira. Sedangkan semakin banyak hari jadi yang kita sambut untuk diri kita semakin tua umur kita dan semakin dekat kita dengan hari kematian...Maka patutkah kita bergembira, bertepuk tangan atau seumpamanya????

1 comment:

mAi LAr UshA2 BloG aKu...BesT OooO...